Saturday, March 24, 2012

Kaki Kundang

En Ayob menerima hadiah kemenangan
dari En Mohd Noor Kassim
(24 Mac 2012 -  Sabtu)  - Kaki Kundang  sekali lagi mengadakan pertandingan golf   'Suka-Suka'  hari ini.  Seramai 11 orang telah menyertai pertandingan kali ini.   Pengerusi Kaki Kundang (KK), Dr Fadzil berkata pertandingan kali ini sepatutnya disertai lebih ramai peserta, tetapi disebabkan ada yang uzur syarie, maka yang lain menarik  diri saat akhir.

Dr Fadzil (Berbaju Oren) ,  Pengerusi KK 
dan Tn Hj Kamaruddin
Golfer sedang berihat dan menikmati minuman











HCap Supervisor Tn Hj Khalid (baju biru)
dan Mej Razali
Johan pertandingan KK kali ini telah dimenangi En Ayob Khan; Kedua Mohd Noor Kassim dan Ketiga Hj Borhan. Hadiah pertandingan disumbangkan oleh Pengurus Intan Optical  En Mohd Noor Kassim.  Pengerusi KK berharap lebih ramai golfer akan menyertai KK dalam pertandingan akan datang.

Untuk pertandingan akan datang Tn Hj Khalid telah dilantik sebagai HCap Supervisor yang akan mengeluarkan senarai HCap di website ini dua hari sebelum pertandingan bermula.

Golfer yang berminat menyertai pertandingan akan datang sila reply kepada blog ini atau hubungi Dr Fadzil : 012 3760553 supaya senang kami hubungi...




Peserta :
Mohd Noor Kassim
Ayob
Hj Bob
Hj Kamaruddin
Mej Razali
Hj Khalid
Tg Rahman
Hj Nasa
Dr Fadzil
Hj Zuki
Hj Mohd Noor