Monday, January 30, 2012

Pemberhentian keahlian golf

Semua ahli Kundang Golf akan dibatalkan keahliannya mulai akhir Feb 2012.  Ini bermakna selepas tarikh tersebut semua ahli tetap Kundang Golf tidak lagi menikmati sebarang kemudahan bermain golf seperti yang di beri kepada Ahli Kelab.

Untuk bermain golf maka mereka akan membayar seperti golfer yang lain.  Mengapa ini berlaku??  Tidak ada penjelasan yang di buat oleh pihak pengurusan kelab.  Situasi itu membuatkan pelbagai berbagai spekulasi dikalangan ahli,  antaranya kelab golf akan ditutup kerana ada pemaju yang telah membeli dan projek perumahan akan di bina oleh tapak padang golf sekarang.... adakah ini benar??